Wednesday, 2 November 2016

DAKWAH TRAINING-PAHANG WITH XIFU



SOALAN 1

Apakah fitnah terhadap  umat dunia yang PALING besar?

RESPONS PESERTA: 

1) Aizudin: Harta
2) Arif: Kesenangan
3) Ismail: Fitnah Dajjal
4) Yussuf: Terlindung dari kebenaran ajaran Islam
5) Azrul: tipudaya
6) Azim: media sosial
7) Zuraidi: jahil
8) najib: harta
9) nasrul: pangkat
10) hairul: wanita
11) Majeed: Freemasonry



SOALAN 2

Senario A
Rejab cari duit haram sebagai  wasilah untuk capai objektif iaitu berzina dgn wanita idamannya.


duit: "fitnah wasilah"
wanita: "fitnah objektif"



Senario B
Awang guna pistol utk rompak duit demi utk dptkan wanita idamannya.

Duit adalah objektif bagi wasilah-pistol tetapi duit juga adalah wasilah bagi mencapai objektif-wanita.

pistol: fitnah wasilah
duit: fitnah objektif/wasilah
wanita: fitnah objektif


Susun kesemua 11 fitnah di atas kpd dua kategori yg mungkin overlap: 

a) fitnah wasilah
b) fitnah objektif



RESPONS PESERTA
Arif: 2,4,7 = fitnah objektif 


SOALAN 3

Adakah media sosial itu fitnah wasilah atau fitnah objektif atau dua2 sekali? Cuba lakarkan SENARIO (spt dua contoh di atas tentang Rejab dan Awang) utk menjelaskan respons.


RESPONS PESERTA

Bedhead: 
Justin guna sosial media utk aibkan Oliver. Sosial media adalah fitnah wasilah di sini dan aibkan itu adalah objektif.

Tp kalau Justin belajar programming utk cipta social media yg baru, sosial media adalah objektif dan programming adalah wasilah.


SOALAN 4

JIKA SOCIAL MEDIA BLH JADI WASILAH/OBJEKTIF,  BAGAIMANA DGN KANUN HUDUD?

RESPONS

Arif: Kanun Hudud adalah wasilah.


SOALAN 5
Social media sebagai WASILAH  blh jadi FITNAH atau blh juga jadi MANFAAT.

Adakah kanun Hudud sebagai WASILAH blh jadi FITNAH atau blh juga jadi MANFAAT?



RESPONS

Majed: kanun hudud mungkin sebagai wasilah boleh fitnah bila ia dipergunakan oleh parti2 politik


SOALAN 6

Kita nilai balik respons2 kpd SOALAN 1:


Fitnah2 Paling Besar Terhadap Umat Dunia:

1) Aizudin: Harta
2) Arif: Kesenangan
3) Ismail: Fitnah Dajjal
4) Yussuf: Terlindung dari kebenaran ajaran Islam
5) Azrul: tipudaya
6) Azim: media sosial
7) Zuraidi: jahil
8) najib: harta
9) nasrul: pangkat
10) hairul: wanita
11) Majeed: Freemasonry


Apakah fitnah yang tidak di sebut dlm list atas ini? KANUN HUDUD tidak di sebut walaupun ada kemungkinan menjadi fitnah. 


Cuba amalkan teknik THINK OF THE UNTHINKABLE or UNSANGKARABLE iaitu: fikir dalam, membaca apa yang tidak di tulis, melihat apa yang tidak dizahirkan, READ BETWEEN THE LINES, uncover the unconscious matrix.

Mindset kita di control oleh MATRIX. Kita rasa kita bebas berfikir tetapi sebenarnya kita bebas hanya WITHIN a MATRIX. Latihan dakwah ini ialah usaha untuk kuar dari MATRIX. 

Contohnya saya telah bawa semua step by step sehingga step 5 dimana akhirnya Kanun Hudud mungkin menjadi fitnah. Sebelum ini, kanun Hudud tiada dalam list fitnah. Sekarang sudah di exposekan. Selepas kita identify apa yang tidak di zahirkan, sekarang cuba tanya 

SOALAN KE 6: MENGAPA KANUN HUDUD TIDAK DISEBUT DLM LIST FITNAH DI ATAS?


Soalan ini ptg untuk mengenali dengan lebih dekat MATRIX yang control mindset kita. Cuba brainstorm dgn beberapa respons yang berbeza. KHILAF ITU RAHMAT.


RESPONS PESERTA


HJ ZURAIDI: Apa definasi fitnah?

DEFINASI FITNAH
Sesuatu yg meletakkan seseorang dlm cabaran,ujian yg expose dia kemungkinan BESAR kpd mudarat, bahaya. E.g. ulama kata zaman dajjal adalah fitnah maksudnya zaman dajjal meletakkan seseorang kpd cabaran yg expose dia kemungkinan besar kpd mudarat.

JANNAH‬: Sebab kita sebagai orang Islam tak melihat hudud sebagai fitnah. Selalu nampak hudud ni mcm isu yang mmg default dlm Islam. Tapi kita lupa nak melihat ia dari sudut pandang masyarakat secara umum.

SITI MUNIRAH: Sbb kita sbgai org yg faham tidak cakna dgn majoriti masyarakat yg tidak faham.Mungkin disebabkan kurangnya pergaulan (senbang dan berbincang) dgn masyarakat umum.

NASRUL: Sebab masih ramai individu bukan beragama Islam yang memandangkan bahawa sesebuah negara itu berhak mengubal peraturannya sendiri. Jadi jika Kanun Hudud dilaksanakan, ia tidak akan menjadi fitnah yang besar.

MAJED: Polygamy. tidak deisenaraikan sebab perkara itu halal/sunnah/berfaedah.

BEDHEAAAD: 1. Kenapa lelaki bukan fitnah paling besar ? kenapa perempuan ? apa salah perempuan ? dajjal lelaki kan !!

2. Kenapa bukan parti politik dan parti islam like ISIS atau SYIAH IRAN ? kenapa freemason? 

3. Kenapa media sosial tapi bukan university dan  pondok atau madrasah atau tahfiz  ??

4. Kenapa harta ? kenapa bukan pengikut pengikut syeikh seluruh alam ? 

5. Kenapa pangkat tapi bukan mereka yang konservatif atau manusia liberal sekalian alam ?

KENAPAAAAAAAA



SOALAN 7:  Kita sudah list 11 fitnah dan membongkarkan lagi fitnah2 lain yang tidak disebut. Kita sudah bezakan antara fitnah wasilah dan fitnah objektif. FITNAH WASILAH ialah sesuatu yang terkandung dalam soalan MENGAPA PERLU INI.

e.g. Rejab nak cari duit. Mengapa Rejab perlu duit? Kerana nak beli pistol. Kita lontar soalan mengapa perlu ini kpd duit. Ini membuat duit itu menjadi fitnah wasilah. Jawapan kpd mengapa ialah krn nak beli pistol. Pistol adalah fitnah objektif.


Kita juga sudah berhujah bahawa satu  fitnah boleh jadi fitnah objektif dan fitnah wasilah pada masa yang sama. Kita tanya pula MENGAPA REJAB PERLU PISTOL.

Responsnya kerana nak bunuh Awang. Pistol sekarang berubah menjadi fitnah wasilah. Bunuh Awang menjadi fitnah objektif. Sekarang tanya lagi MENGAPA PERLU BUNUH AWANG? Kerana Awang tak bagi Rejab kahwin dengan anak perempuannya.  Sekarang, bunuh Awang pula menjadi fitnah wasilah. Fitnah objektifnya ialah Awang tak bagi kawen dgn anak perempuannya.


Soalan 7 ialah cuba tanya MENGAPA PERLU INI dan respons kpd KENAPA dalam satu rangkaian wasilah-objektif-wasilah-objektif sehingga sampai kepada FITNAH OBJEKTIF YANG PALING TINGGI.

DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH INI, APAKAH FITNAH OBJEKTIF YANG PALING TINGGI?









No comments:

Post a Comment