Thursday 15 September 2016

HARON DIN: DAGING KORBAN / AKIKAH BOLEH DIMAKAN NON-MUSLIM




TUAN GURU HARON DIN menulis:

"Dalam Mazhab al-Maliki, disebut dengan jelas dalam kitab Kasyful Qinak, pada juzuk dua halaman 19, dengan menyebut : “Dan di haruskan dihadiahkan daging korban atau akikah yang sunat itu kepada orang kafir. Adapun yang wajib, maka tidak harus.”  Pernahkah anda terfikir bahawa banyak daging-daging korban dan akikah, ada yang tidak dimanfaatkan manusia, seperti pada musim haji berpuluh-puluh tahun yang lalu. Disembelih dan dibiarkan bergelimpangan di padang pasir di Mina. Dimakan oleh haiwan dan burung-burung sahaja. Akhirnya dikambus di dalam tanah. Puluhan ribu ekor, hanya untuk makanan haiwan atau di tanam sahaja. KALAULAH HAIWAN BOLEH MEMAKAN DAGING KORBAN, APAKAH ORANG KAFIR LEBIH TERUK DARI HAIWAN?"


 (Harakah, edisi 8-11 November( 1-4 Zulhijah 1431) 




*highlight dari saya.


HARON DIN: BERANI BERFIKIR LUAR MAZHAB SHAFI’I (XIFU NASER)

Allahyarham Datuk Dr.Haron Din pada Februari 2016 telah dilantik oleh oleh TPM Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Ketua Kluster Dakwah dalam Majlis Perundingan Islam.  Mungkin bagi majoriti rakyat, sebut sahaja nama Datuk Dr. Haron Din akan tergambar seorang pengamal ‘exorcism’ iaitu jampi-jampi menghalau hantu-hantu. Ramai yang tidak mengenal Datuk sebagai seorang pendakwah yang berani berfikir kritis di luar kotak fiqh monokultural ke fiqh multikultural.

Saya secara peribadi memilih untuk mengingati jasa-jasa Datuk Dr. Haron Din sebagai seorang yang berani berfikir di luar kotak Mazhab Shafi’I dalam isu-isu yang tertentu. Bagi masyarakat Melayu, Mazhab Shafi’i adalah umpama agama Islam itu sendiri. Masuk Islam, maknanya masuk Mazhab Shafi’i. Islam adalah Mazhab Shafi’i dan Mazhab Shafi’i adalah Islam. Kalaulah seseorang mengambil sesuatu hukum diluar Mazhab Shafi’i, nescaya dia akan dilabel sesat atau ‘wahabi’ seolah-olah dia sudah murtad.

Dalam artikel saya ini, apa yang saya ingin highlight ialah sikap intelektual Datuk. Sikap intelektual ini penting dalam dakwah multikultural.  Di sini saya petik kata-kata Datuk Dr.Haron Din bila beliau di tanya tentang hukum memberi daging korban dan akikah kepada non-Muslim:

"Dalam MAZHAB MALIKI, disebut dengan jelas dalam kitab Kasyful Qinak, pada juzuk dua halaman 19, dengan menyebut : “Dan di haruskan dihadiahkan daging korban atau akikah yang sunat itu kepada orang kafir. Adapun yang wajib, maka tidak harus.”  Pernahkah anda terfikir bahawa banyak daging-daging korban dan akikah, ada yang tidak dimanfaatkan manusia, seperti pada musim haji berpuluh-puluh tahun yang lalu. Disembelih dan dibiarkan bergelimpangan di padang pasir di Mina. Dimakan oleh haiwan dan burung-burung sahaja. Akhirnya dikambus di dalam tanah. Puluhan ribu ekor, hanya untuk makanan haiwan atau di tanam sahaja. KALAULAH HAIWAN BOLEH MEMAKAN DAGING KORBAN, APAKAH ORANG KAFIR LEBIH TERUK DARI HAIWAN?"
(HARAKAH, EDISI 8-11 NOVEMBER 2010)

Ayat pertama dalam perenggan pertama dalam artikel di atas, Datuk menulis  bahawa korban dan akikah adalah sunnah mu’akkadah dalam Mazhab Shafi’i. Selepas menulis ayat ini, seperti stereotaip biasa saya menyangka bahawa “seperti para ustaz yang lain”, Datuk akan terus merujuk kepada Mazhab Shafi’i dalam kerangka hukum.


Tetapi saya tersilap. Tidak lagi disebut Mazhab Shafi’i. Bahkan Datuk merujuk kepada al-Qur’an dan selepas itu Mazhab Maliki sebagai rujukan hukum daging korban dan akikah. Datuk mendedahkan pembaca kepada pendapat Mazhab Maliki untuk membuka pemikiran pembaca.

Tulisan Datuk memperlihatkan sikap intelektual yang tidak taksub kepada Mazhab Shafi’i. Bagi beliau, pendapat Mazhab Maliki lebih dekat kepada roh al-Qur’an, maka beliau cenderung kepada pendapat Mazhab Maliki dan mencadangkan rakyat mengikut pendapat Mazhab Maliki dalam isu ini.

Tetapi keberanian Datuk bukan sekadar berfikir di luar kotak Mazhab, tetapi juga berani explore kelogikan hukum agama iaitu berkomunikasi dalam bahasa logik universal. Tidak kira penganut agama apa akan faham bahasa logik universal ini. Saya lihat ramai ustaz tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa logik universal. Bahasa logik universal sangat sesuai untuk dakwah kepada masyarakat multikultural.

Apa sebab hukum mengharuskan beri daging korban kepada non-Muslim? Bahasa logik Datuk Haron Din ialah: “KALAULAH HAIWAN BOLEH MEMAKAN DAGING KORBAN, APAKAH ORANG KAFIR LEBIH TERUK DARI HAIWAN?”

Ini bukan soalan sebarang soalan. Ini soalan yang terus kena pada jantung budaya agama monokultural kita yang enggan memberi non-Muslim makan dengan daging korban dan akikah. Adakah kita ingin memberi gambaran bahawa kita menganggap non-Muslim lebih teruk dari haiwan? Kalau tidak, maka berilah non-Muslim makan dengan daging korban dan akikah! Ini logik universal Datuk.

Perayaan Hari Raya Adha adalah perayaan untuk Muslim dan non-Muslim iaitu meraikan daging korban sambil mendengar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim. Akikah patut dijadikan perayaan kemanusiaan yang sejagat dan dagingnya diberi makan kepada non-Muslim juga. Kelahiran bayi adalah kelahiran kemanusiaan sebagai khalifah di muka bumi.


Semoga Allah swt mengampuni dan merahmati jasa-jasa Allahyarham Datuk Dr.Haron Din.









No comments:

Post a Comment