Tuesday 13 September 2016

UNIVERSITI UMPAMA MCD

UNIVERSITI UMPAMA MCD

 Ijazah adalah umpama burger MCD. Nama tukang masaknya tidak di sebut pada resit. Begitu juga, nama guru tidak di sebut pada skrip ijazah anda. Yang hanya disebut ialah berapa markah yang anda dapat sebagaimana harga burger di sebut di resit MCD.


Kalau guru yang mengajar tafsir al-Qur’an itu gay dan memberi kamu markah penuh 4 (GPA), maka maknanya kamu cemerlang dalam tafsir al-Qur’an’!  

Yang penting sesiapa yang melihat skrip ijazah kamu akan memuji kamu berdasarkan angka, angka, angka. Nilai ilmu kamu adalah sekeping ijazah, seketul BIG MAC. Makin ‘big’ CGPA, maka makin ber'khasiat', makin 'big' wibawa ijazah kamu. BIG MAC, bukan GOOD MAC.


Kamu mau boikot MCD, tetapi perangai ilmu kamu tetap MCD!



XIFU NASER AL-FAILASUFI

(idea berdasarkan tesis Prof. George Ritzer tentang MACDONALDIZATION)


No comments:

Post a Comment